Abstracts

KRONOLOGI ISTINBAT HUKUM BERKAITAN PENETAPAN AWAL BULAN HIJRI MENURUT PANDANGAN MAZHAB AS-SYAFI’I  SEHINGGA KURUN KE-9H

Mohd Ariffin Ali
Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu

 Jamalluddin Hashim
Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu

 Baharrudin Zainal
Universiti Sultan Zainal Abidin, Terengganu


Kronologi adalah salah satu ilmu mengenai penyusunan sejumlah peristiwa atau kejadian menurut turutan kejadian dalam masa. Menurut Kamus Dewan istilah ini bermaksud susunan peritiwa (kejadian) menurut masa berlakunya peristiwa berkenaan. Ilmu ini dapat membantu dalam meneliti dan memahami sesuatu isu, di samping itu dapat membuat perbandingan isu-isu yang telah dibangkitkan sebelum itu dengan isu semasa atau peristiwa.  Dalam kajian ini, kronologi digunakan bagi meneliti pandangan para ulama Mazhab al-Syafi’i dalam membincangkan kaedah penetapan awal bulan hijriah.  Oleh itu kaedah perpustakaan digunakan dalam memahami nukilan dalam kitab fiqh klasik Mazhab al-Syafi’i dengan skop tumpuan bermula daripada kitab al-Umm, karangan Imam Muhammad bin Idris atau dikenali dengan Imam al-Syafi’i yang meninggal dunia pada 204 Hijriah sehingga ulama kurun ke-10H iaitu Ibnu Hajar al-Haitami yang meninggal dunia pada 978 Hijriah.



KAEDAH AL-HISAB AL-FALAKI DALAM PENENTUAN AWAL RAMADAN DAN SYAWAL: KAJIAN BERDASARKAN AL-QUR’AN DAN HADITH

Mohd Shukri Hanapi
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia


Secara tradisi dalam kalendar Islam, kenampakan anak bulan dengan mata kasar menandakan permulaan bulan. Kaedah ini menjadi amalan penentuan tarikh dalam Islam, khususnya tarikh penting seperti awal Ramadan dan Syawal. Bagi penentuan awal Ramadan dan Syawal, selain kaedah pencerapan anak bulan secara fizikal, terdapat kaedah lain yang dipraktikkan iaitu berpandukan hasil pengiraan hisab-falak. Namun begitu, masih terdapat pihak yang mempertikaikan penggunaan kaedah hisab-falak dengan alasan ia tidak dipraktikkan pada zaman Rasulullah SAW, malah sebahagian besar ulama fikah telah menekankan kaedah rukyah sebagai asas penetapan awal Ramadan dan Syawal. Berasaskan isu inilah, kajian kaedah hisab-falak dalam penentuan awal Ramadan dan Syawal berdasarkan al-Qur’an dan Hadith dilakukan. Persoalannya, apakah ayat-ayat al-Qur’an dan Hadith-Hadith yang berkaitan kaedah hisab-falak? Bagaimanakah kaedah hisab-falak dinyatakan, sama ada secara langsung atau tidak? Bagi menjawab kedua-dua persoalan ini, kertas kerja ini mempunyai dua objektif. Pertama, mengenal pasti ayat-ayat al-Qur’an dan Hadith-Hadith yang berkaitan kaedah hisab-falak; dan kedua, menganalisis kaedah hisab-falak berdasarkan ayat-ayat al-Qur’an dan Hadith-Hadith yang dikenal pasti itu. Bagi mencapai kedua-dua objektif ini, kajian kualitatif ini mengguna pakai kaedah kepustakaan dalam pengumpulan data. Semua data yang dikumpul dianalisis menggunakan kaedah analisis al-Mawdu‘iy. Akhirnya, kertas kerja ini merumuskan bahawa kaedah hisab-falak dinyatakan secara tidak langsung dalam al-Qur’an dan secara langsung dalam Hadith. Berasaskan ayat-ayat al-Qur’an dan Hadith-Hadith inilah kaedah hisab-falak dan syarat-syaratnya dalam penentuan awal Ramadan dan Syawal dibina.

Kata kunci: hisab, falak, penentuan, Ramadan, Syawal



KEDUDUKAN KAEDAH HISAB-FALAK DALAM PENENTUAN HARI RAYA


Nur Asmalina Binti Md Sidik
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia



Kertas kerja ini bertujuan untuk mengenal pasti dan menganalisis kedudukan kaedah hisab-falak dalam penentuan hari raya. Hal ini bertitik tolak daripada kepelbagaian kaedah penentuan dalam hari raya dan peranan kaedah hisab berdasarkan kaedah-kaedah yang ada. Sekurang-kurangnya terdapat empat kaedah penentuan hari raya iaitu hisab hakiki; rukyah-hisab; rukyah dan hisab; rukyah dengan hisab dan rukyah hakiki. Persoalannya, apakah peranan hisab dalam keempat-empat kaedah ini? Adakah kaedah hisab ini merupakan penentu atau pembantu semata-mata dalam penentuan hari raya? Oleh yang demikian, kertas kerja ini mempunyai dua objektif. Objektif yang pertama adalah untuk mengenal pasti kaedah penentuan hari raya. Manakala objektif kedua adalah untuk menganalisis kedudukan kaedah hisab-falak dalam penentuan hari raya. Kertas kerja ini menggunakan kaedah kepustakaan bagi pengumpulan data manakala penganalisisan data menggunakan kaedah analisis kandungan. Hasil dari kajian ini mendapati bahawa kedudukan kaedah hisab-falak dalam penentuan hari raya adalah sebagai penentu jika menggunakan kaedah hisab hakiki manakala ia sebagai pembantu jika menggunakan kaedah rukyah-hisab; rukyah dan hisab; rukyah dengan hisab dan rukyah hakiki.


Kata kunci : Hisab-falak, Penentuan Hari Raya



PENENTUAN AWAL PUASA 1437H DI SELATAN THAILAND


Nur Aida Athirah Sulaiman
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia

Shahir Akram Hassan
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia



Pada 1437H umat Islam di Asia Tenggara khususnya di Malaysia, Singapura dan Indonesia mula berpuasa pada 6 Jun 2016, manakala umat Islam di Thailand dan Brunei mula berpuasa pada 7 Jun 2016. Oleh itu, wujud perbezaan bagi tarikh penentuan awal Puasa bagi setiap negara tersebut walaupun terletak dalam kelompok Asia Tenggara yang sama. Timbul persoalan, mengapakah perkara ini berlaku? Apakah kaedah penentuan awal Puasa yang dilaksanakan di Thailand khusunya Selatan Thailand? Bagaimanakah penentuan awal Puasa di Thailand dilaksanakan, khususnya Selatan Thailand? Bagi menjawab persoalan-persoalan ini terdapat dua objektif yang dikemukakan. Pertama, mengenal pasti kaedah penentuan awal Puasa di Selatan Thailand, kedua menganalisis penentuan awal Puasa di Selatan Thailand khususnya pada tahun 1437H. Kaedah kepustakaan, kaedah temu bual semi struktur dan pemerhatian tidak turut serta digunakan dalam kaedah pengumpulan data serta kaedah analisis kandungan digunakan untuk menganalisis data yang telah dikumpul. Akhirnya, kerta kerja ini merumuskan bahawa bagi penentuan awal Puasa, Selatan Thailand menggunakan kaedah rukyah hakiki dan anak bulan tidak kelihatan pada petang 5 Jun 2016, maka penetapan awal Puasa 1437H di Thailand jatuh pada 7Jun 2016.


Kata kunci: Penentuan, awal Puasa, 1437H, Selatan Thailand, Rukyah 



PROSES ITHBAT DALAM PENENTUAN AWAL PUASA DI SELATAN THAILAND


Shahir Akram Hassan
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV)
Universiti Sains Malaysia

Dalam penentuan awal bulan Hijri khususnya awal bulan-bulan ibadah seperti awal puasa, awal Syawal dan awal Zulhijjah, kenampakan anak bulan memainkan peranan penting. Apabila anak bulan kelihatan, keesokan harinya menjadi awal bulan baharu. Jika anak bulan tidak kelihatan, bulan yang sedia ada perlu digenapkan 30 hari. Dalam kawasan Asia Tenggara, antara tempat yang mencatatkan kekerapan yang tinggi ialah di Bukit Yaha, Yala, Selatan Thailand. Fenomena ini telah menimbulkan pelbagai persoalan dalam kalangan ahli Falak. Persoalannya, apakah fenomena ini benar-benar berlaku di Bukit Yaha? Apakah kaedah yang digunakan untuk mensabitkan kenampakan anak bulan ini? Adakah keputusan kenampakan anak bulan ini dipengaruhi oleh proses Ithbat yang dijalankan oleh Qadi Yala? Adakah kenampakan ini boleh diiktiraf dari sudut falak dan syariah? Untuk menjawab semua persoalan ini, kajian ini mempunyai dua objektif utama. Pertama, mengenal pasti kaedah penentuan awal Puasa di Selatan Thailand; kedua, menganalisis proses ithbat dalam penentuan awal Puasa di Selatan Thailand. Bagi mencapai objektif-objektif ini, kaedah kepustakaan, kaedah temu bual semi berstruktur dan pemerhatian tidak turut serta digunakan dalam kaedah pengumpulan data serta kaedah analisis kandungan digunakan untuk menganalisis data yang telah dikumpul. Kertas kerja ini mendapati di Selatan Thailand, pensabitan anak bulan menggunakan salah satu antara dua sumber. Pertama, kaedah rukyah menurut ilmu falak dan kedua, kaedah isthbat menggunakan persaksian kenampakan anak bulan di hadapan Qadi wilayah, Yang DiPertua Majlis Agama Wilayah Yala dan Ahli Jawatankuasa kelima-lima Majlis Agama Islam Wilayah di Selatan Thailand. Persaksian di hadapan Qadi ini dilihat lebih tepat mengambil kira kaedah yang ada dalam syariah. Walau bagaimana pun, pengukuhan terhadap aspek ilmu dan teknikaliti Falak perlu dipertingkatkan bagi memastikan setiap penyaksian itu juga tepat dengan fakta yang ada dalam ilmu Falak.


Kata Kunci: proses ithbat, kaedah, penentuan, awal puasa, Yala, Selatan Thailand,



PIAMA: ASTROLOGI ATAU ASTRONOMI?


Nurul Fatini Jaafar
Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh
Universiti Sains Malaysia


Fatan Hamamah Yahaya
Pusat Pengajian Pendidikan Jarak Jauh
Universiti Sains Malaysia


Chong Hon Yew
Pensyarah (bersara) Fizik & Astronomi
Pulau Pinang


Pengetahuan piama amat sinonim dalam kalangan pesawah dan nelayan tradisional di Kedah dan Perlis. Namun unsur perbintangan dalam piama memerlukan perbincangan lanjut bagi menilai letak duduk ilmu ini sama ada bersifat astrologi atau pun astronomi. Metod kualitatif yakni pemerhatian, temubual dan analisis dokumen dijalankan bermula Mac 2015. Kajian mendapati pengamal piama mempraktikkan posisi Bintang 12, memerhatikan Bintang Ketika dan bayang-bayang, merasa tiupan angin, dan mengecam perubahan pada haiwan, tumbuh-tumbuhan dan sekitaran. Elemen-elemen ini kemudiannya diimplimentasikan dalam rutin bersawah, berkebun, turun ke laut, kesihatan malah perkahwinan.

Kata kunci: Piama, Astrologi, Etnoastronomi.



PERBANDINGAN NILAI ASAS GARISAN DA`IRAH AL-MAYL DAN QAWSAYN MELALUI BEBERAPA BUAH KITAB BERKENAAN RUBUC MUJAYYAB DENGAN KAEDAH TRIGONOMETRI MODEN


Aizan bt Ali @ Mat Zin
Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya


Abdullah bin Hassan
Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya


Rubuc Mujayyab adalah sebahagian daripada empat bahagian belakang astrolab yang digunakan secara khusus untuk pengiraan trigonometri. Struktur dan bahagian Rubuc Mujayyab ini pula adalah berbeza-beza mengikut keperluan pembuat dan pengguna. Kertas ini menyelidik perbezaan dan persamaan penggunaan nilai asas garisan Da`irah al-Mayl dan Qawsayn yang digunakan oleh pakar-pakar astronomi Islam. Bahan bertulis samada kitab Arab dan Melayu lama serta beberapa contoh Rubuc Mujayyab yang pernah dihasilkan di Alam Melayu dikumpulkan untuk dibuat analisis perbandingan, induktif dan deduktif. Melalui bahan dokumentasi ini, Rubuc Mujayyab adalah kebanyakannya berasaskan nilai jejari, r=60, dan mempunyai nilai asas garisan Da`irah al-Mayl dan Qawsayn yang berbeza-beza sehingga menghasilkan jawapan yang berbeza-beza dalam pengiraan  waktu solat dan kiblat. Data-data yang diperolehi menunjukkan nilai asas untuk membentuk garisan Da`irah al-Mayl adalah berjejari antara 23.5 hingga 24. Manakala nilai asas garisan Qaws al-Casr al-Awwal bermula 00 di Jayb al-Tamam dan berakhir antara nilai 42.33 hingga 42.5 di Jayb al-Sittini. Nilai asas garisan Qaws al-Casr al-Tsani pula bermula 00 di Jayb al-Tamam dan berakhir antara nilai 26.33 hingga 26.83 di Jayb al-Sittini. Nilai yang dihasilkan melalui kiraan trigonometri moden di dalam perbandingan kajian ini adalah dicadangkan untuk digunakan dalam membangunkan semula Rubuc Mujayyab dengan lebih jitu dan kemas.

Kata Kunci : Rubuc Mujayyab, Da`irah al-Mayl, Qaws al-Casr al-Awwal, Qaws al-Casr al-Tsani, nilai asas, trigonometri moden.



THE STUDY OF CLOUD OBSCURATION AT THE HORIZON BY USING HEADLESS AUTOMATED RASPBERRY PI CAMERA FOR NEW MOON (HILAL) OBSERVATION


Nur Amalina Miswan
School of Physical Sciences
Universiti Sains Malaysia


Norhaslinda Mohamed Tahrin
School of Physical Sciences
Universiti Sains Malaysia


Abdul Halim Abdul Aziz
School of Physical Sciences
Universiti Sains Malaysia


Understanding the cloud obscuration effect is crucial for the sighting of the new moon (hilal) and other astronomical observation. In this study, a headless automated Raspberry Pi camera was utilised to capture visible real-time images via online remote control time lapse photography, which makes it possible for us to assess the cloud classification (CLC) in order to understand more about cloud patterns and trends at the westerly horizon where the moonset. This cloud distribution is important for new moon observation at approximately 5 to 10 degree above the horizon.  The photography data were obtained at the Sheikh Tahir Observatory, Balik Pulau, Penang, Malaysia, and to date, it is considered as the first of its kind in Malaysia. A total of 84 days worth of data spanning between 13th June 2015 and 28th January 2016, have been analysed.  Visual observations for cloud classification and sky scale of digital images are done by referring to the NOAA Sky Watcher Chart and Sky Cover. The satellite images are extracted using CMA Viewer software for each coordinate involved. It was found that both cloud patterns and trends are responsible for obscuring the new moon observation.  In addition, this study provides ground truth verification of Feng Yun satellite data for cloud classification (CLC) and cloud total amount (CTA) percentage. The obtained results demonstrate that the most common types of cloud observed are Cirrostratus, Stratocumulus or Altocumulus, Mixed cloud, Cumulonimbus and Nimbostratus or Altostratus. The occurrence of high CTA percentage is detected during haze events and when Cumulonimbus, Cirrostratus and thick Stratocumulus clouds, which cause precipitation, are present. The results obtained clearly indicate that the CTA percentage is high during afternoons and evenings for almost every day, thus confirming a widely held view that obscuration is the main problem during monthly sighting of new moon.

Keywords: Cloud Obscuration, Raspberry Pi Camera, Hilal.



USING THE METHOD OF STELLAR OCCULTATION BY THE MOON TO VERIFY THE PRECISION OF HILAL OBSERVATION


Muhammad Daim Bin Norharizan,
Pusat Pengajian Sains Fizik
Universiti Sains Malaysia


Prof Madya Abdul Halim Abdul Aziz
 Pusat Pengajian Sains Fizik
Universiti Sains Malaysia


Dr. Chong Hon Yew
Pusat Pengajian Sains Fizik
Universiti Sains Malaysia


Moon ephemeris is important in developing the Almanak Falak Syarie, nautical almanac and Hijri calendar. Hilal observers in Malaysia use solar eclipse observations data to compare with the moons ephemeris generated by Jabatan Ukur dan Pemetaan Malaysia (JUPEM) in order to improve the accuracy of predicting the hilal observation data in the future. However, this method can seldom be applied because solar eclipses only happen a few times a year in the world and rarely happen at the exact location of the given hilal observation deck. Other than solar eclipses, frequent stellar occultations by the moon also provide the opportunity to check the accuracy of the moons ephemeris. Therefore, by using fast CCD camera and accurate timing service of The Malaysian Standard Time provided by the Standards and Industrial Research Institute of Malaysia (SIRIM), the timing for the contacts of the observed stellar occultations can be used to verify the generated moon ephemeris. During a stellar occultation by the moon event, the intensity of the point source star-light as observed on the earth suddenly drops to zero. Using QHY5L-II CCD, the timing for this event is accurate to the order of milliseconds, compared to the solar eclipses which it is difficult to judge accurately the various contacts of the eclipses. Currently, the stellar occultations by the moon can be predicted by using the International Occultation and Timing Associations (IOTA) OCCULT software which uses the ephemeris generated by the Jet Propulsion Laboratory (JPL) of NASA. By recording the timing data of the stellar occultations by the moon and comparing this data with the ephemeris generated by the JUPEM, we may be able to verify and perhaps refine the accuracy of moon ephemeris.

Keywords: Stellar Occultation By The Moon, Hilal Observation, Moon Ephemeris.



APLIKASI TELESKOP CELESTRON NEXSTAR EVOLUTION 8 DALAM PENCERAPAN ANAK BULAN


Muhammad Shahrul Hossein
Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia


Mohamad Saupi Bin Che Awang
Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia


Othman Zainon
Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia


Zulkarnaini Mat Amin
Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia


Cerapan hilal atau anak bulan dilakukan bagi menentukan tarikh permulaan dalam kalendar bulan-bulan Islam. Kebiasaannya cerapan hilal akan dijalankan bagi menentukan awal bulan Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah. Secara tradisionalnya cerapan hilal menggunakan theodolit, tetapi pada masa kini penggunaan teleskop untuk menjalankan cerapan hilal sudah menjadii satu kebiasaan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengetahui cara penggunaan teleskop Celestron Nextar Evolution 8 untuk cerapan hilal dan mengetahui daripada segi rekabentuk, konsep, komponen, aksesori teleskop.  Selain itu, kajian ini bertujuan untuk membuat analisis ketepatan teleskop Celestron Nextar Evolution 8 dengan membuat perbandingan data cerapan dengan theodolite Topcon DT200.  Hasil daripada kajian ini, menunjukan ketepatan nilai azimut dalam lingkungan 330 dan nilai altitud dalam lingkungan 130.

Kata kunci : Hilal, Ketepatan, Teleskop, Azimuth dan Altitud.



APLIKASI TELESKOP CELESTRON NEXSTAR EVOLUTION 8 DALAM PENGESAHAN WAKTU TRANSIT MATAHARI


Muhammad Nafis Abdul Rasid
Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia


Mohamad Saupi Bin Che Awang
Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia


Othman Zainon
Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia


Zulkarnaini Mat Amin
Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia


Waktu transit ialah waktu istiwa iaitu ketika matahari melintasi Meridian Tempatan. Waktu ini sangat penting untuk diketahui terutamanya dalam pengiraan waktu solat. Maka, mengetahui masuknya waktu solat adalah menjadi satu kewajipan bagi setiap umat Islam untuk bersolat. Kertas kerja ini membincangkan pengesahan waktu transit matahari dengan aplikasi teleskop Celestron Nexstar Evolution 8. Teleskop pertama jenis SchmidtCassegrain yang diintegrasikan dengan wifi. Semasa cerapan dilakukan, nilai azimuth, altitud dan masa cerapan direkodkan iaitu ketika matahari berada pada kedudukan altitud paling tinggi. Hasil waktu transit yang telah direkod telah dibandingkan dengan waktu transit yang dikira berdasarkan Almanak Falak Syarie. Cerapan telah dilakukan selama 20 hari. Hasil perbandingan mendapati terdapat 5 hari data waktu transit cerapan yang berbeza 1 minit daripada data waktu transit yang dikira berdasarkan Almanak Falak Syarie. Kasil kajian membuktikan bahawa teleskop Celestron Nexstar Evolution 8 mampu digunakan sebagai alat alternatif untuk cerapan waktu transit.

Kata kunci: Waktu Transit, Almanak Falak Syarie, Teleskop, Matahari.



PSEUDO DAWN AND TRUE DAWN OBSERVATIONS BY NAKED EYE IN EGYPT


M.A. Semeida
National Research Institute of Astronomy and Geophysics (NRIAG).
Cairo


A. H. Hassan
National Research Institute of Astronomy and Geophysics (NRIAG).
Cairo


Naked eye observations of the morning twilight phenomenon, beginning, end of a pseudo dawn and the true dawn are recorded.  These results are an average of 38 observations carried out at Wadi Al Natron (30° 30´ N, 30° 09´ E) with a desert background during the years 2014-2015.  These observations enabled us to get an average depression of the sun below the horizon of about 19.74o (begin of zodiacal light), 15.41˚ (end of zodiacal light) and the beginning of twilight (true dawn) is 14.57˚ (The highest value of confidence, mean+ SD) which lies in a range between (12.48o Do 15.14o).  These results show that there is about 5o difference between our obtained value and that currently used in Egypt which is 19.5o.  The azimuthally range of observations in the solar vertical direction ranged from 0° to 20°, but this phenomenon was followed from 0° to 10° along the altitudinal range. These results indicate that the currently used angle for calculating morning twilight in Egypt now is the first zodiacal light (pseudo dawn).  

Keywords: Pseudo Dawn, True Dawn, Naked Eye Observations.



CORRECTIONS OF MORNING PRAYER TIME (AL-FAJR) IN PRAYER CALL (ATHZAN) APPLICATIONS ACCORDING TO ASTRONOMICAL OBSERVATIONS AND STUDIES


Yasser A. Abdel-Hadi
National Research Institute of Astronomy and Geophysics (NRIAG)
Cairo


 A. H. Hassan
National Research Institute of Astronomy and Geophysics (NRIAG)
Cairo


Astronomical observations are recorded and accordingly a study is carried out to correct the time of Morning Prayer (Al-Fajr) in Payer Call (Athzan) softwares and applications.  Based on observing the first morning white thread of morning twilight (Dawn), a scanning study is carried out for many sites in the world in different sites and countries.  The observations are recorded photoelectrically and by naked eyes by independent groups of observers in many sites.  The results of the photoelectrical observations and those recorded by naked eyes showed that they agree with each other.  Using the astronomical calculations, the depression of the sun under the horizon needed to calculate the accurate time of Al-Fajr is determined.  It is found that the value of the currently used depression (which are based on detecting the zodiacal light (Pseudo-Fajr)) needs to be decreased between 0.3° to 5° in order to detect the first morning white thread (Real Dawn) which means that Al-Fajr Prayer time needs to be delayed between 4 to 30 minutes after its currently used time depending on the method adopted in some countries in the world.


Keywords: Al-Fajr, Athzan, Twiglight, Sun Vertical Depression, Zodiacal Light, First Morning White Thread, Pseudo-Fajr, Real Dawn.



PARAMETER KEDUDUKAN MATAHARI DALAM PENENTUAN WAKTU FAJR (SUBUH) BERDASARKAN KAJIAN KECERAHAN LANGIT DAN KESAN CAHAYA TERAWAL

Hardi Mohamad Sadali
Jabatan Mufti Negeri Selangor


Antara kaedah pengukuran masuknya waktu subuh adalah melalui kajian kecerahan langit. Penggunaan parameter yang berbeza sesuatu negara mewujudkan satu paramter yang tidak seragam. Berdasarkan keadaan semasa, satu kajian kecerahan langit dilakukan dengan menggunakan peralatan sky quality meter. Kajian mendapati kesan-kesan matahari di langit berlaku ketika mana kedudukan matahari di bawah ufuk antara -17.6˚ hingga -19.6˚ berpandukan penggunaan peralatan "Sky Quality Meter". Secara puratanya kesan fajar pada waktu pagi mula dikesan ketika matahari berada -18.6˚ ± 0.6˚ di bawah ufuk.



KAJIAN KECERAHAN LANGIT DALAM PENETAPAN AWAL WAKTU SOLAT SUBUH DI MALAYSIA

Norihan Kadir
Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya


Raihana Abdul Wahab
Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya

Nazhatulshima Ahmad
Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya

Mohd Saiful Anwar Mohd Nawawi
Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya

Saadan Man
Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya

Nurul Huda Ahmad Zaki
Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya



Penentuan awal waktu Solat Subuh mempunyai isu perbezaan pandangan dalam menentukan parameter ketinggian (altitud) matahari yang digunakan di dalam hitungan astronomi khususnya di Malaysia. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk mengenalpasti altitud matahari di bawah ufuk semasa bermulanya waktu solat Subuh melalui perubahan nilai kecerahan langit untuk membezakan fajar kādhib dan fajar ṣādiq dengan menggunakan alat pengesan cahaya iaitu Sky Quality Meter (SQM). Kajian ini telah mengumpulkan data-data kecerahan langit di beberapa buah negeri di Malaysia. Hasil kajian mendapati bahawa waktu solat Subuh bermula ketika matahari berada pada kedudukan di antara 17˚ hingga 19˚ di bawah ufuk, berbeza dengan nilai parameter yang digunakan di Malaysia iaitu 20˚. Justeru, kajian ini mencadangkan supaya nilai parameter semasa fajar-senja astronomi (astronomical twilight) iaitu sudut 18˚ digunakan sebagai parameter altitud matahari di bawah ufuk untuk diaplikasikan di dalam hitungan penentuan awal waktu solat Subuh di Malaysia.

Kata kunci : Subuh, fajar ṣādiq, kecerahan langit, altitud matahari



PENTAFSIRAN ASTRONOMI DALAM PENENTUAN WAKTU SOLAT MAGHRIB MENGGUNAKAN KAEDAH ILMU MIQAT DI MALAYSIA


Nurulhuda binti Ahmad Zaki
Akademi Pengajian Islam
Universiti Malaya


Artikel ini membincangkan tentang pentafsiran astronomi dalam penentuan waktu solat maghrib menggunakan kaedah ilmu miqat di Malaysia. Kaedah miqat merupakan kaedah kiraan yang wujud sebelum lahirnya kaedah kiraan berformula yang digunapakai pada masa kini untuk penentuan waktu-waktu solat umat Islam di Malaysia. Kaedah miqat ini digunakan bermula pada abad ke-18 hingga awal abad ke-19, iaitu kira-kira satu abad di Malaysia. Kaedah ini diterima masyarakat disebabkan oleh keauthoritian para ulama falak yang membawa dan menyebarkan kaedah ini di Tanah Melayu ketika itu. Kaedah ini menggunapakai rubu mujayyab sebagai elemen utama dapatan data untuk hitungan waktu-waktu solat. Namun kaedah ini dinyatakan serta disampaikan menerusi catatan bertulis kitab-kitab falak dalam bentuk kualitatif dan deskriptif umum tanpa penerangan bagaimana kaedah tersebut terhasil. Objektif kajian ini adalah untuk menghuraikan bagaimana hitungan dalam kaedah miqat dilakukan menerusi tafsiran astronomi Islam. Kajian ini menggunakan metode perpustakaan untuk pengumpulan data serta menggunakan metode komparatif untuk tujuan analisis data. Hasil kajian menunjukkan, setiap kaedah hitungan waktu solat dalam ilmu miqat menyamai dengan kaedah kiraan moden yang digunapakai pada masa kini di Malaysia. Ini menunjukkan kaedah kiraan moden yang menggunakan formula matematik trigonometri adalah berasal daripada kaedah ilmu miqat.

Kata kunci: Waktu Solat Maghrib, Ilmu Miqat, Ulama Falak, Rubu Mujayyab, Formula Matematik Trigonometri.



KETETAPAN JAM WAKTU SOLAT BERDIGIT DI ZON PASIR GUDANG JOHOR


Norsahira Sabri
Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia


Othman Zainon
Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia


Mohamad Saupi Che Awang
Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia


Kini, kebanyakkan masjis di Malaysia telah menggunakan jam waktu solat berdigit sebagai panduan masuknya waktu solat. Namun, kadang kala masih terdapat  masjid yang Azzan lebih cepat berbanding masjid yang lain, walaupun dalam zon waktu solat yang sama. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti ketepatan waktu yang dipaparkan pada jam waktu solat berdigit di 27 buah masjid yang terpilih di zon Pasir Gudang, Johor. Cerapan takwim bagi waktu solat pada jam berdigit telah direkod dan dibandingkan dengan takwim waktu solat yang diperolehi dari Jabatan Mufti Negeri Johor. Hasil kajian menunjukkan jam waktu solat berdigit di Zon Pasir Gudang memberikan perbezaan selisih sekitar 1 minit bagi waktu Maghrib, Isyak, Zuhur, Asar dan Subuh. Manakala, perbezaan waktu syuruk di Zon Pair Gudang adalah sekitar 2 ke 3 minit. Bagaimanapun, Masjid Taman Pasir Pelangi, Pasir Gudang yang mempunyai perbezaan waktu Maghrib sekitar 2 minit berbanding takwim waktu solat dari Jabatan Mufti Negeri Johor. Perkara ini menunjukkan bahawa jam waktu solat berdigit boleh digunakan namun ketepatannya perlu sentiasa diselengara dengan baik.

Kata kunci: Ketepatan, Jam Berdigit, Waktu Solat.



PERBANDINGAN PROSEDUR AMALAN DALAM PENENTUAN AWAL BULAN QAMARIAH BAGI NEGARA-NEGARA MABIMS


Siti Arinah Ahmad
Pusat Kajian Pengurusan Pembangunan Islam (ISDEV),
Universiti Sains Malaysia


Dalam bidang falak, kaedah rukyah dan hisab merupakan proses yang penting dalam menentukan jatuhnya tarikh puasa dan raya. Selain itu, ia merupakan aktiviti utama dalam menentukan bulan baru dalam kalendar Hijrah. Namun begitu, ada ketikanya terdapat perbezaan dalam penentuan awal bulan Qamariah antara negara-negara MABIMS. Persoalannya, bagaimanakah penentuan awal bulan Qamariah dilakukan oleh negara-negara tersebut sehingga terdapatnya perbezaan penentuan awal bulan Qamariah? Adakah kesemua negara-negara MABIMS mempunyai prosedur amalan bagi penentuan awal bulan Qamariah? Maka, kertas kerja ini ditulis bagi merungkaikan persoalan terbabit. Terdapat dua objektif utama dalam kertas kerja ini. Pertama, mengenal pasti prosedur amalan dalam penentuan awal bulan Qamariah bagi negara-negara MABIMS. Kedua, menganalisis perbandingan prosedur amalan bagi setiap negara-negara MABIMS. Bagi mencapai kedua-dua objektif ini, kajian berbentuk penerokaan dilakukan terhadap kesemua prosedur amalan yang dilakukan di setiap negara MABIMS. Hasil dapatan menunjukkan terdapat perbezaan yang ketara tentang penggunaan kaedah penentuaan awal bulan Qamariah dan seterusnya menyebabkan perbezaan antara negara-negara tersebut. 

Kata kunci: Prosedur Amalan, MABIMS.



KESEDARAN ARAH KIBLAT DALAM KALANGAN
MASYARAKAT ISLAM NEGERI JOHOR


Siti Nur Hidayah Kamali
Jabatan Geoinformasi
Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia


Othman Zainon
Jabatan Geoinformasi
Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia


Mohamad Saupi Che Awang
Jabatan Geoinformasi
Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia


Arah kiblat adalah arah menghadap ke Kaabah yang terletak di Mekah. Ianya merupakan panduan untuk umat islam menunaikan ibadat dengan yakin. Penetapan arah kiblat terbahagi kepada dua iaitu secara kaedah konvensional atau kaedah moden. Pengetahuan mengenai arah kiblat adalah penting terutamanya dalam penetapan arah kiblat, ini kerana salah satu daripada syarat sah solat adalah menghadap ke arah kiblat. Beberapa isu timbul berkaitan dengan arah kiblat, contohnya arah kiblat yang terpesong dari arah yang asal di dalam pembinaan masjid dan perkuburan. Kajian ini dijalankan untuk mengenalpasti kesedaran umat Islam di negeri Johor berkaitan dengan penetapan arah kiblat. Seramai 100 orang responden di sekitar negeri Johor telah dipilih secara rawak dalam menjalankan kajian ini untuk melihat tahap kesedaran mereka berkaitan arah kiblat. Instrumen kajian ini ialah borang soal selidik tersebut mengandungi soalan berkaitan dengan kesedaran terhadap arah kiblat dalam kehidupan seharian mereka. Pemprosesan dan analisa data dibuat dengan menggunakan perisian Statistical Process for Social Science versi 20 (SPSS). Di samping itu, arah kiblat di kediaman 100 orang responden ini telah disemak bagi tujuan pengesahan. Hsil semakan mendapati hanya sebuah rumah sahaja yang tersasar hamper 60 dari arah kiblat yang sebenar. Secara keseluruhannya, kajian mendapati umat Islam di negeri Johor menyedari kepentingan arah kiblat dalam kehidupan seharian mereka tetapi kurangnya pendedahan mengenai cara penetapan dan kepentingan arah kiblat menyebabkan mereka mengambil ringan mengenai arah kiblat.

Kata kunci: Arah Kiblat, Kesedaran, Masyarakat, Islam.



ANALISIS DATA TAKWIM ISTILAHI DAN TAKWIM IMKANUR - RUKYAH DI MALAYSIA (1996 – 2016)


Sharifah Shazwani Syed Mohamed
Universiti Kebangsaan Malaysia


Mohd Hafiz Safiai
Jabatan Syariah
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia,


Ibnor Azli Ibrahim
Institut Islam Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia


Ros Maimunah Haji Yahya Zikri
Universiti Kebangsaan Malaysia


Takwim Istilahi merupakan takwim yang telah digunakan oleh umat Islam sejak mula diperkenalkan pada zaman para sahabat iaitu Saidina ‘Umar Al-Khattab. Asas perkiraan takwim Istilahi tidak memerlukan sebarang teori khusus hanya dengan menyusun bilangan hari bagi bulan-bulan yang terdapat di dalam takwim ini berselang-seli diantara 30 dan 29 hari untuk menjadikan 354 hari setahun. Di Malaysia, takwim Istilahi ini digunapakai sehingga akhir abad ke 15 Hijrah dan digantikan dengan takwim rukyah semenjak tahun 1982. Walaubagaimana pun, amalan penentuan awal bulan di Malaysia, khususnya Ramadhan, Syawal dan Zulhijjah sering mengalami perubahan dari segi kaedah. Namun sejak tahun 1996 sehingga kini, takwim Hijrah yang diamalkan oleh umat Islam di Malaysia adalah takwim Imkanur-rukyah iaitu penentuan setiap awal bulan hijri adalah berdasarkan kriteria ketetapan imkanur-rukyah yang tertentu. Justeru, kajian ini adalah  bertujuan untuk menganalisis perbandingan takwim istilahi dan takwim imkanur-rukyah di Malaysia. Bagi mencapai objektif tersebut, analisa perbandingan dilakukan iaitu dengan mengambil data takwim Istilahi Allahyarham Hj Mohd Khair dan data takwim Imkanur-rukyah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) selama 20 tahun bermula 1996 sehingga 2016. Hasil kajian menunjukan terdapat perbezaan satu atau dua hari diantara takwim Istilahi dan takwim Imkanur-rukyah. Ini menunjukan takwim Istilahi boleh digunakan sebagai takwim sosial seperti takwim miladi yang digunapakai pada masa kini. 

Kata kunci: Takwim Istilahi, Imkanur-rukyah, Perbandingan, Malaysia, Takwim Sosial.



INVESTIGATION THE ARITHMETICAL OR TABULAR ISLAMIC CALENDAR


M.G. Rashed
National Research Institutes of Astronomy and Geophysics (NRIAG)
Cairo

 M. G. Moklof
Ministry of Education
Cairo

Alaa E. Hamza
Faculty of Science
Cairo University
    

Arithmetical calendar (or tabular calendar) is sometimes referred to as the Fātimid calendar but this is in fact one of several almost identical tabular Islamic calendars. This calendar introduced by Muslim astronomers in the 9th century CE to predict the approximate begin of the months in the Islamic lunar calendar. Chronologists adopted 11 leap years in a 30 year cycle. In the case of leap Hijri year they add one day to the last month of the Hijri year. The cycle of this calendar agree with the Smaller cycles (2 - 5.333 years) discovered by Galal A. A. and M. G. Rashed (2011) and coincide with the lag criterion given by Galal A. A. (1988). We suggested the Islamic tabular calendar. The Leap years of this suggested Islamic tabular calendar may be 2, 5, 7, 10, 13, 15, 18, 21, 23, 26 and 29. Our suggested Arithmetical calendar satisfies the mathematical patterns, while the old Arithmetical calendar (or tabular calendar) does not satisfy a known fixed rule. We conclude empirical formula for our suggested Islamic tabular calendar. From this empirical formula, we can calculate if the Hijric year after immigration is a leap or a non-leap year.

Keywords: Arithmetical Calendar, Islamic Tabular Calendar.



FENOMENA GERHANA MATAHARI SEPARA 9 MAC 2016 DAN KESANNYA TERHADAP BUMI


Othman Zainon
Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia


Abdul Wahid Rasib
Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia


Mohamad Saupi Che Awang
Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia


Kajian kesan fenomena gerhana matahari separa ini telah dilakukan di Universiti Teknologi Malaysia sekitar 9 Mac 2016. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat kesan fenomena gerhana matahari separa terhadap persekitaran bumi. Kajian ini telah dilakukan sebelum, semasa dan selepas fenomena gerhana matahari separa berlaku. Hasil kajian menunjukkan terdapatnya kesan perubahan terhadap persekitaran bumi seperti gelombang elektromagnet, suhu, angin, kelembapan dan graviti.

Kata kunci: Gerhana Matahari, Separa, Kesan, Bumi.



KESAN FENOMENA GERHANA MATAHARI SEPARA TERHADAP TINGKAHLAKU HAIWAN


Othman Zainon
Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah,
Universiti Teknologi Malaysia


Kajian kesan fenomena gerhana matahari separa ini telah dilakukan di sekitar 9 Mac 2016. Tujuan kajian ini adalah untuk melihat kesan fenomena gerhana matahari separa terhadap hidupan. Kajian ini telah dilakukan melalui pemerhatian yang dilakukan terhadap tingkahlaku ternakan rusa di Universiti Teknologi Malaysia sebelum, semasa dan selepas fenomena gerhana matahari separa berlaku. Hasil kajian menunjukkan terdapatnya perubahan tingkahlaku terhadap kawanan rusa tersebut. 

Kata kunci: Gerhana Matahari Separa, Kesan, Tingkahlaku, Haiwan



ANALISIS KAEDAH HISAB AL-HIṢṢAH GERHANA OLEH K. H MUHAMMAD MANSUR BETAWI

Mohamad Faizal  Jani
Jabatan Mufti Negeri Perak


K.H Muhammad Mansur Betawi merupakan seorang ulama besar Betawi, Jakarta.Beliau telah menyusun sebuah kitab khusus yang menghuraikan kaedah hitungan gerhana iaitu kitab Sullam al-Nayyiraynfi Macrifati al-Ijtimac wa al-Kusufayn. Ia adalah antara kitab tersohor dan tertua yang masih digunakan di Nusantara termasuklah di Malaysia. Pada era hisab falak hari ini, hisab yang digunakan beliau telah dikategorikan sebagai hisab haqiqi taqribi kerana ralat ketepatan kiraannya adalah besar. Ini menyebabkan kaedah hisab beliau semakin ditinggalkan dan dipinggirkan dengan pengajarannya hanya berlaku disekitar pelajar-pelajar pondok (pesantren). Di samping itu, kaedah hisabnya yang menggunakan nombor huruf abjad dan hanya boleh dihisab dengan cara manual. Berdasarkan dakwaan-dakwaan yang dinyatakan tadi, apakah kaedah dalam beliau masih boleh digunakan dan dikembangkan dalam dunia falak di Malaysia hari ini. Kajian ini menganalisis satu daripada langkah hisab gerhana yang dikenali sebagai al-Hiṣṣah. Ini kerana bagi seorang yang melakukan hisab gerhana, hisab al-Hiṣṣah adalah langkah pertama untuk menentukan samada gerhana berlaku atau tidak. Hasil penelitian ini mendapati, bahawa hasil keputusan Hissah boleh digunakan bagi menentukan gerhana bulan penuh dan separa. Namun bagi kiraan gerhana penumbra,  satu semakan lanjut diperlukan. Bagi gerhana matahari keputusan yang tidak sekata diperolehi, di mana semakan perlu dilakukan pada hisab gerhana matahari penuh dan separa. Ini dapat dilakukan apabila semua hisab menunjukkan nilai buruj al-Hiṣṣah masih di dalam lingkungan 4 buruj gerhana. Kajian ini juga menunjukkan bahawa, hisab juga boleh dilakukan dengan menggunakan mesin kalkulator dengan 2 kaedah iaitu pertama dengan kaedah menukar nilai buruj kepada nilai darjah. Kaedah kedua, dengan melakukan kiraan tanpa jadual dengan melakukan hisab berdasarkan kedudukan al-Hiṣṣah pada pecahan tahun iaitu abad, puluh, sa dan bulan. Kesimpulan dari analisis yang telah dijalankan,  kaedah Hisab K.H Muhammad Mansur Betawimasih relevan dan masih boleh digunakan untuk menganggarkan tarikh berlaku gerhana dengan beberapa kaedah hisab alternatif yang dinyatakan.



PERUBAHAN PASANG SURUT DI SEPANJANG PERAIRAN MALAYSIA KETIKA FENOMENA BULAN PURNAMA DI PERIGEE 2015


Sarah Sopiah Azman
Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia


Rusli Othman
Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia


Othman Zainon
Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia


Mohamad Saupi Che Awang
Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia


Kajian ini adalah untuk mengkaji tingkah laku pasang surut semasa bulan penuh dan bulan berada di kedudukan perigee. Terdapat banyak faktor mewujudkan air pasang contohnya tarikan graviti bulan dan matahari. Faktor paling utama adalah daripada daya tarikan bulan. Fenomena bulan penuh menyebabkan pasang surut perbani berlaku. Perigee pula adalah kedudukan paling dekat bulan terhadap bumi. Dalam tempoh masa ini, tarikan graviti bulan adalah paling kuat ke atas bumi dan berlaku sedikit peningkatan pada air pasang surut bagi air pasang tertinggi dan air surut terendah. Kejadian serentak kedua-dua bulan penuh dan bulan di kedudukan perigee dipanggil sebagai Perigee Syzygy yang menyebabkan Perigian Spring Tide di lautan. Pada 28 September 2015 berlaku fenomena Perigee Syzygy dan gerhana bulan serentak. Data pasang surut dari JUPEM dan PHN diperoleh dalam kajian ini. Kedua-dua jabatan ini mempunyai stesen pasang surut tersendiri di Malaysia. Kajian dibuat bagi stesen pasang surut yang terpilih. kawasan pantai Semenanjung Malaysia. Data ini dianalisis dengan menggunakan perisian yang dipanggil Geotide. Data cerapan pasang surut pada 28 September 2015 dianalisis dan dibandingkan dengan data ramalan pasang surut. Selain itu, nilai Pasang Surut Astronomi Tertinggi dan Pasang Surut Astronomi Terendah bagi setiap bulan pada 2015 dikenalpasti. Kenaikan paras air jam 0700 hingga 1400 berbanding waktu lain pada waktu ini dapat dilihat dalam kajian ini.

Kata kunci: Pasang Surut, Bulan Purnama, Perigee, Perairan Malaysia.



KESINAMBUNGAN KEGEMILANGAN TAMADUN ISLAM MENERUSI KAJIAN ASTROLAB DI MALAYSIA: SATU TINJAUAN


Mohd Hafiz Safiai
Jabatan Syariah
Fakulti Pengajian Islam
Universiti Kebangsaan Malaysia


Ibnor Azli Ibrahim
Institut Islam Hadhari
Universiti Kebangsaan Malaysia


Astrolab merupakan sebuah instrumen yang amat penting bagi kegunaan ahli astronomi dan ahli pelayaran dalam setiap tamadun selama beberapa abad lamanya. Astrolab menjadi lebih terkenal semasa zaman kemuncak keilmuan falak Islam di zaman kegemilangannya (The Golden Age) sebagai instrumen penunjuk arah dan waktu dalam bidang astronomi dan pelayaran. Namun, astrolab kini tidak lagi dikenali dan semakin dilupakan. Oleh itu, kajian ini dijalankan bertujuan untuk meninjau kelangsungan kegemilangan tamadun Islam menerusi kajian berkaitan astrolab di Malaysia. Kajian ini menggunakan kaedah kualitatif melalui pendekatan analisis dokumen, temu bual dan pemerhatian. Hasil kajian mendapati ilmu astrolab semakin ditinggalkan kerana penggunaannya kini tidak lagi relevan memandangkan terdapat pelbagai alatan canggih dan moden yang telah dicipta. Di samping itu, ilmu tersebut juga tidak dibongkar dan dipelajari untuk dikembangkan kepada seluruh golongan masyarakat. Senario ini seharusnya diberikan perhatian bagi meneruskan usaha untuk mengembalikan kegemilangan tamadun Islam terdahulu, di samping mengekalkan ketuanan astrolab sebagai asas dalam perkembangan alatan astronomi digital masa kini.

Kata kunci: Astrolab, Analogue Computer, Islamic Astronomy, Al-Istirlab, Safiha.



PEMBANGUNAN ALMANAK ASTRONOMI E-UTM


Muhammad Afiq  Hussin
Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia


Mohamad Saupi Che Awang
Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia


Othman Zainon
Fakulti Geoinformasi dan Harta Tanah
Universiti Teknologi Malaysia


Pengiraan kedudukan Matahari dan Bulan secara kaedah manual merupakan perkara yang sukar dan memerlukan masa yang panjang. Ianya melibatkan jadual yang kompleks dan juga model matematik yang perlu difahami secara berturutan bagi pengiraannya. Langkah manual boleh diselesaikan dengan menggunakan computer dengan kewujudan teknologi komputer yang canggih. Objektif kajian ini adalah untuk memahami model matematik bagi menghitung kedudukan Matahari dan Bulan serta membangunkan perisian yang mesra pengguna bagi menghitung kedudukan Matahari dan Bulan dengan menggunakan perisian Microsoft Visual Basic 2008 dan juga Perisian yang telah dibangunkan dinamakan sebagai UTM Astronomical Almanac. Hasil yang dikeluarkan oleh perisian ini adalah termasuk data kedudukan Matahari dan Bulan di dalam sistem Koordinat Khatulistiswa dan Koordinat Ufuk Tempatan. Di dalam konteks perbandingan data yang dikeluarkan oleh UTM Astronomical Almanac (UTMAA) dan Multiyear Interactive Computer Almanac (MICA) untuk kedudukan Matahari, nilainya berada di antara 0 hingga 4 saat untuk jarak hamal (RA) dan deklinasi. Di dalam konteks perbandingan data yang dikeluarkan oleh UTMAA dan AstroPixels.com (Astropixels) bagi kedudukan Matahari, nilainya berada di antara 0 hingga 4 saat untuk RA dan deklinasi. Manakala, perbandingan data yang dikeluarkan oleh UTMAA dan MICA bagi kedudukan Bulan, nilainya berada di antara -17 dan 11 saat untuk RA dan deklinasi. Keputusan yang sama bagi perbandingan data yang dikeluarkan oleh UTMAA dan Astropixels bagi kedudukan Bulan, nilainya berada di antara -17 dan 11 saat untuk RA dan deklinasi. Ketepatan jarak hamal dan deklinasi adalah aspek yang begitu penting bagi data yang berkait dengan perhitungan penentuan awal bulan Ramadhan, AidilFitri, penentuan waktu solat dan juga penghasilan kalendar Islam.

Kata kunci: Astronomi, Almanak, Matahari, Bulan, Sistem Koordinat Astronomi.



ANALISIS TEMATIK KALIMAH AL-HILĀL DI DALAM AL-KUTUB AL-SITTAH


Ahmad Irfan Ikmal Hisham 
Pusat Bahasa Moden dan Sains Kemanusiaan
Universiti Malaysia Pahang


Perbincangan mengenai penetapan awal bulan di dalam taqwim hijriy merupakan diskusi yang sentiasa berlegar di dalam ilmu falak. Ketika kaedah ruyah hilal dijadikan teras utama dalam penentuan taqwim tersebut, kaedah hisab pula sering menjadi perselisihan dalam kalangan sarjana Muslim. Perdebatan ini, ironinya, bukan bermula sejak daripada zaman kemajuan ilmu falak dan astronomi moden, tetapi telah mula berlaku sejak zaman penulisan kitab fiqh awal dan syarah hadith yang muktabar (Mukarram:nd). Berlatarbelakangkan realiti ini, timbul persoalan bagaimana wujudnya perselisihan tersebut yang masih belum lagi disepakati oleh pengamal falak zaman moden. Bagi menjawab persoalan ini, kertas kajian ini meletakkan objektif bagi meneliti hadith-hadith yang mengandungi kalimah al-hilal di dalam al-Kutub al-Sittah, serta membangunkan analisis tematik daripada hadith-hadith berkenaan. Seterusnya, kajian akan turut memfokuskan kepada aplikasi pembangunan tema tersebut ke dalam pengurusan taqwim hijriy. Bagi mencapai objektif tersebut, pendekatan kuantitatif ringkas diaplikasikan bagi mendapatkan frekuensi penggunaan kalimah al-hilal di dalam al-kutub al-sittah, disusuli dengan analisis tekstual terhadap pola tema adīth berkaitan berasaskan teori kualitatif tematik Boyatzis (1998). Secara umumnya, kajian mendapati bahawa usaha menguruskan sistem taqwim hijriy yang boleh diterima umum, boleh dirancakkan lagi dengan memahami punca perselisihan di dalam memahami hadith-hadith mengenai al-hilal.