Keynote Speakers






KEYNOTE SPEAKER 1


Assoc. Prof. Dr. Baharrudin Zainal
Aplikasi Falak dan Mekanisme Pengurusan Takwim Hijri Kontemporari

Abstrak

Takwim Hijri kontemporari ditakrifkan sebagai takwim Hijri yang disusun berasaskan kaedah rukyah dan hisab dengan penggunaan syarat kenampakan Anak Bulan (imkannur rukyah). Berdasarkan takrifan ini, takwim Hijri kontemporari perlu kepada asas-asas syariah dan saintifik yang mengambil kira tafsiran syarak mengenainya dan hasil kajian semasa berkaitan sains kenampakan Anak Bulan. Sesuatu takwim yang berkesan juga perlu mempunyai mekanisme pengurusan yang sistematik supaya penggunaannya dapat memenuhi tujuan guna pakai takwim dalam aktiviti agama dan sosial. Kertas kerja ini akan membincangkan asas-asas syariah dan saintifik yang mendasari kaedah penyusunan takwim Hijri kontemporari, mekanisme pengurusan takwim Hijri dan aktiviti yang berkaitan dengannya dalam konteks Malaysia. Untuk menunjukkan iltizam terhadap  pengantarabangsaan takwim Hijri, pengurusan aktiviti ini juga dibincangkan.



 KEYNOTE SPEAKER 2


Ustaz Hj Hanafiah Abdul Razak
Isyarat, Maklumat dan Pedoman Dari Takwim Bulan


Abstrak

Takwim Hijri ada nilai-nilai dan keistimewaan tersendiri, sekiranya Takwim Masihi ada nila-nilai muslim maka Takwim Hijri pula ada nilai-nilai cuaca keran ia ada hubungn dengan manzilah bulan yang bersifat harian.